Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efi sien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis
panduan ini mungkin merbahaya atau tidak sah.
Import maklumat mengenai peranti
• Aplikasi, perkhidmatan, ilustrasi dan kandungan peranti mungkin
berbeza bergantung pada kawasan, pembekal perkhidmatan, versi
perisian dan peranti serta tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar
Penyerapan Khusus (SAR).
Peranti ini telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan
keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang
radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik
yang termasuk margin keselamatan yang direka bentuk untuk
memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan
kesihatan.
• Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio
menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai Kadar
Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan
menggunakan kaedah yang dipiawaikan dalam keadaan peranti
memancar pada aras kuasa tertinggi yang diperakui dalam semua
jalur frekuensi yang digunakan.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model
peranti LG, semuanya telah direka bentuk untuk memenuhi garis
panduan yang relevan bagi pendedahan kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai
Perlindungan Sinaran Bukan-Ion (Commission on Non-Ionizing
Radiation Protection) (ICNIRP) Antarabangsa, iaitu 2 W/kg
dipuratakan ke atas sepuluh 10 g tisu.
• Nilai SAR yang tertinggi untuk model ini yang diuji untuk
penggunaan di telinga ialah 0.710 W/kg (10 g) dan apabila dipakai
pada badan ialah 1.500 W/kg (10 g).
• Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila
digunakan sama ada dalam kedudukan penggunaan normal pada
telinga atau apabila diletakkan pada jarak sekurang-kurangnya
5 mm dari badan. Apabila bekas pembawa, klip tali pinggang atau
3